Pesanan anda adalah 100% selamat dan akan diproses dalam masa 1 hari selepas pihak kami menerima pengesahan pembayaran anda. Pengesahan pembayaran yang dibuat sebelum pukul 2 petang akan diproses dan diposkan pada hari yang sama. Pengesahan pembayaran yang dibuat selepas pukul 2 petang akan diproses pada hari yang sama tetapi diposkan pada hari berikutnya.

 

Pesanan akan segera dipos setelah pembayaran disahkan untuk memastikan anda menerima pesanan dalam masa terdekat.

 

Penghantaran akan dibuat menggunakan sampul Pos Ekspres yang akan meng-ambil masa antara 2 - 5 hari. Pesanan beserta pengesahan pembayaran yang dibuat pada hari Jumaat selepas pukul 2 petang akan diposkan pada hari Isnin minggu berikutnya.

 

Penghantaran dengan cara ini mengambil masa yang cepat. Namun, sampul bungkusan ini akan dihantar ke destinasi seperti mel biasa. Tandatangan tidak diperlukan semasa penerimaan bungkusan tersebut.  

 

Kebiasaannya sampul bungkusan akan dimasukkan ke dalam peti surat rumah anda atau diberikan kepada personel yang selalu menerima surat-surat lain di pejabat anda.

 

Sekiranya anda masih belum menerima pesanan anda pada tarikh yang sepatutnya, sila periksa peti surat anda atau periksa di kaunter penerimaan mel-mel biasa di pejabat anda. Sila maklumkan kepada pihak Perintis sekiranya anda masih belum menerima pesanan anda. Pihak Perintis akan membuat semakan dengan pihak Pos Malaysia secepat mungkin.

 

Sila maklumkan kepada pihak Perintis sama ada di talian 03-90195303 atau 013-3222867 atau melalui

e-mel sales@perintis.com.my sekiranya anda memerlukan pihak kami menghantar pesanan anda dengan menggunakan khidmat Pos Berdaftar.

 

Pihak Perintis akan menanggung sebahagian kos penghantaran. Sebagai contoh, bagi penghantaran yang menggunakan sampul Pos Ekspres berharga RM4.50, anda perlu membayar sebanyak RM3 sebagai kos penghantaran dan bagi penghantaran yang menggunakan sampul Pos Ekspres berharga RM6.00, anda perlu membayar sebanyak RM4 sebagai kos penghantaran.