Amin Hazyq
Penulis merupakan seorang
graduan lulusan University Of Bradford, United Kingdom yang telah lama
berkecimpung dalam bidang pengurusan sumber manusia. Beliau bertugas di
sebuah syarikat swasta dan bertanggungjawab dalam soal-soal yang berkaitan
dengan operasi syarikat. Ini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan
pengambilan pekerja baru, menganjurkan pelbagai program latihan untuk
meningkatkan prestasi pekerja dan merangka pelbagai rancangan dan insentif
untuk tujuan motivasi pekerja.
Dari masa ke semasa, beliau ditugaskan untuk menilai mutu kerja setiap kakitangan dan memastikan sama ada tugasan yang diberi adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka.
Buku yang ditulis:
101 Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk Menjadi
Pengacara dan Hos TV Versatil
Cara Mudah
Mengendalikan Majlis Rasmi Dan Aktiviti Riadah Syarikat
Aneka Pilihan Pekerjaan Untuk Anda
Aneka Contoh Surat Rasmi Dan Kertas
Kerja Pengurusan
Panduan Kerjaya
Cara Mudah
Menguasai Kemahiran Bersosial - Tatacara Diri Dan Etiket Sosial
Cara Mudah
Menguasai Kemahiran Berkomunikasi
365 Soalan Lazim Ketika Temu Duga
Mohd Yusoff Noordin @ cikgutuition
Penulis merupakan seorang graduan lulusan
Universiti Teknologi Mara dan telah hampir 15 tahun berkecimpung dalam
bidang latihan, perbankan dan pemasaran. Beliau ialah seorang jururunding
dan pensyarah bahasa Inggeris sepenuh masa dan turut terlibat dalam
penterjemahan bahan-bahan ilmiah.
Tugas beliau dalam bidang pemasaran memerlukan beliau
sering ke luar negara dan berurusan dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa.
Ini memerlukan beliau sentiasa berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Beliau
juga terlibat dengan latihan dalaman syarikat. Beliau menyediakan latihan
bahasa Inggeris kepada pekerja syarikat agar mereka lebih bersedia untuk
berurusan dengan pelanggan dari luar negara.
Buku yang ditulis:
Cara Mudah Mengajar Sains Dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris Untuk
Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa
Inggeris
Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa
Inggeris Kepada Anak Anda
Cara Mudah
Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 - Perbualan Telefon
Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa
Inggeris 1
Dr. K Ghazalli
Penulis dilahirkan di sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan dan telah mendapat
didikan awal di Seremban. Beliau merupakan graduan Universiti Malaya
dalam bidang pergigian.
Beliau pernah bertugas di hospital kerajaan selama sepuluh tahun sebelum menguruskan kliniknya sendiri sekarang. Sepanjang beliau bertugas di serata Malaysia, beliau telah melihat dan bertemu dengan ramai pesakit yang agak keliru dengan hala tuju kerjaya mereka dan mempunyai keyakinan diri sendiri yang rendah. Keadaan ini telah mendorong beliau untuk membaca dan mencari informasi yang lebih mendalam dalam bidang motivasi.
Buku yang ditulis:
Buku Kerjaya
Buku
Kanak-kanak
Menilai Potensi Sebenar Anda
A to Z Animal
Tales From The Forest Series
(25 tajuk)
My Perintis Animal Rhymes Series
(5 tajuk)
A to Z Learn English Through Rhymes For Young Readers Series
(4 tajuk)
A to Z Learn English Through Rhymes For Juniors Series
(4 tajuk)
A - Z Mari Belajar Membaca Melalui Seloka
(4 tajuk)
Siri Kisah Si Harith & Hannah
(8 tajuk)
Penulis merupakan seorang graduan Bacelor
Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP),
Universiti Putra Malaysia. Beliau juga pemegang ijazah Sarjana Pendidikan
Bahasa Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau bertugas di salah
sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan mengajar subjek Bahasa Melayu bagi
menengah rendah dan menengah atas.
Buku yang ditulis:
Koleksi Contoh Teks Ucapan
Berserta Panduan Asas Penulisan Teks Ucapan
Cara Mudah
Mengenal Pasti Kesalahan Lazim Dalam Bahasa Melayu
101 Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk
Menjadi Pengacara dan Hos TV Versatil
Aneka Contoh Surat Rasmi Dan Kertas
Kerja Pengurusan
Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis - Untuk Majlis Rasmi Badan
Kerajaan dan
Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis
Siri Buku Grafik Pejuang Tanah Air
Penulis yang berasal dari Utara tanah air
merupakan seorang graduan dalam bidang optometri dari Universiti Kebangsaan
Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau mendapat ijazah pada tahun 2002 dan memulakan
tugas sebagai optometrist pada tahun yang sama. Beliau turut mempunyai minat
mendalam dalam bidang penulisan dan telah memulakan blog sendiri untuk
mengasah minat beliau. Ilham daripada pembacaan dan pemerhatian telah
mendorong beliau menghasilkan buku yang belum dibukukan secara khusus ini
dengan harapan dapat membantu sedikit banyak masalah yang dihadapi oleh
masyarakat kini.
Penulis merupakan seorang graduan lulusan
Ijazah Sains Komputer, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah lama
berkecimpung dalam dunia penulisan pelbagai dokumentasi berkenaan Kertas
Kerja Pembangunan, Pelan Perniagaan, Kertas Cadangan dan Pelan Strategi
Projek. Beliau kini bertugas di salah sebuah syarikat penerbangan Malaysia
dan bertanggungjawab dalam soal-soal yang berkaitan dengan perihal Teknologi
Maklumat dan operasi pengurusan IT syarikat tersebut.
Berpengalaman memegang jawatan yang melibatkan penyediaan
kertas kerja dan pelan perancangan membuatkan beliau begitu arif tentang
selok-belok isi kandungan dan kaedah yang sesuai dalam membuat sesuatu
kertas kerja. Begitu juga dengan Pelan Perniagaan, telah banyak dihasilkan
untuk pelbagai pihak yang memerlukannya bagi tujuan mendapatkan pinjaman
kewangan, kelulusan pihak berkuasa dan kajian hasil pendapatan perniagaan
yang bakal diceburi.
Penulis merupakan seorang graduan sebuah
universiti di United Kingdom. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini juga
merupakan pemegang ijazah sarjana dari universiti yang sama.
Beliau merupakan seorang pemilik dan pengarah eksekutif beberapa buah
syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur. Tugas khusus beliau selain
daripada mengawasi produktiviti syarikat adalah untuk menemu duga calon yang
berminat menyertai syarikat, merangka program bagi melatih kakitangan baru
dan memotivasi kakitangan yang sedia ada. Luar dari waktu bekerja, beliau
banyak terlibat dalam pembangunan akhlak remaja dengan menyumbang artikel
yang berkaitan dengan isu sosial remaja. Artikel beliau telah diterbitkan
dalam beberapa majalah tempatan.
Buku yang ditulis:
Buku Kerjaya
Post Mortem
Masalah Temu Duga Anda
Aneka Contoh Surat Rasmi Dan Kertas
Kerja Pengurusan
Buku Kanak-kanak
Children's Mysterious Encounters With The Third Kind Series
(4 tajuk)
Tales For Boys And Girls Series
(4 tajuk)
Perintis Young Science Readers Series
(10 tajuk) *
Perintis Little Maths Readers Series
(8 tajuk) *
* Boleh juga didapati dalam versi Bahasa Cina.